DESTINASI TERBAHARU PELANCONGAN SEJARAH

Written by Super User. Posted in Berita Terkini

29destinasi

PADANG TERAP 28 April - Tapak Geowarisan Kedah Debu Gunung Berapi di Kampung Padang Nyior, Padang Sanai di sini akan dimasukkan dalam kalendar pelancongan negeri ini sebagai persediaan Tahun Melawat Kedah 2016.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Badrul Hisham Hashim berkata, tapak tersebut berpotensi untuk dimajukan sebagai salah satu destinasi pelancongan sejarah di negeri ini kerana memiliki nilai akademik dan saintifik.

“Debu gunung berapi ini dipercayai berasal dari aktiviti volkanik Toba, Sumatera dan dianggarkan berusia kira-kira 74,000 atau 30,000 tahun yang lampau.

“Pemilik tanah di kawasan ini, Abdul Halim Jusoh juga telah bersetuju dan membenarkan kawasan ini diwartakan sebagai Tapak Geowarisan Kedah dan kita akan masukkan kawasan ini sebagai satu lokasi pelancongan terbaharu negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis Tapak Geowarisan Kedah Debu Gunung Berapi di Kampung Padang Nyior, Padang Sanai di sini semalam.

Menurut Badrul Hisham, selain di kampung tersebut, debu volkanik itu juga turut dijumpai bertaburan di sekitar sawah padi di Kampung Pisang, Kampung Padang Gelanggang, Kampung Pok Ka dan lain-lain namun tapak debu volkanik di Kampung Padang Nyior itu lebih mudah untuk diakses serta mendapat kerjasama daripada pemilik tanah.

“Beberapa prasarana seperti tandas dan surau akan dibina untuk kemudahan pelancong yang berkunjung ke tapak tersebut.

“Sekarang ini pun kawasan ini selalu menerima kehadiran pengunjung yang ingin melihat sendiri debu volkanik ini dan dengan adanya kemudahan seperti surau dan tandas sudah tentu lebih ramai pelancong akan ke sini,” jelasnya.

Tambahnya, pengenalan produk geopelancongan itu melalui promosi, pemasangan papan tanda geotapak serta program kesedaran bersama pelajar dan penduduk akan memberi kesan impak peningkatan nilai ekonomi setempat khususnya di kawasan Padang Terap serta Kuala Nerang.

Dalam pada itu, pemilik tanah berkenaan, Abdul Halim berkata, pihak Jabatan Mineral dan Geosains mula menjalankan kajian di tanah itu pada 2014 dan dia berbangga kerana tanah miliknya akan menjadi salah satu produk pelancongan terbaharu Kedah.

“Saya tidak tahu mengenai hal ini, saya ingat cuma batu biasa di belakang rumah saya tetapi tak sangka pula ia merupakan batu volkanik yang mempunyai nilai sejarah yang tersendiri.

“Saya berbesar hati dapat berkongsi nilai sejarah ini agar lebih ramai pelancong akan datang ke negeri ini,” katanya.

Oleh : Safina Ramli

Sumber : Utusan

Scan QR KOD

kod1

Pautan

Lambang Kedah kecik1malaysia-pngmscMyGovernmentmampu1JPAHRMISgov

Media

 

Video Audio


       

 

Pelawat

158534
Hari IniHari Ini18
SemalamSemalam34
Minggu IniMinggu Ini40
Bulan IniBulan Ini557
KeseluruhanKeseluruhan158534

Kemaskini

Tarikh
General update: 22-09-2015 02:48