perutusan

Written by Super User. Posted in Uncategorised

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Syukur ke hadrat Allah S.W.T. di atas segala limpah kurnia yang telah diberikan oleh-NYA kepada semua Warga Kerja Pejabat Daerah Pendang, Kedah Darul Aman yang telah menjayakan Laman Web ini selari dengan pembangunan ICT yang semakin pesat dewasa kini.

Ucapan ribuan terima kasih saya dahului kepada pihak pengurusan dan pentadbiran Pejabat Daerah di atas kesudian memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan perutusan dalam Laman Web ini.

Kewujudan Laman Web ini adalah sebagai alat penghubung secara "maya" yang bukan sahaja bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan di antara penduduk di sekitar Daerah Pendang dengan Warga Kerja Pejabat Daerah Pendang, tetapi turut menjadi penyumbang dalam menyampaikan maklumat dan ilmu pengetahuan kepada pelajar serta penuntut di pusat pengajian tinggi. Selain itu, maklumat yang disampaikan sentiasa tepat dan padat dari masa ke semasa supaya semua warga penduduk tidak akan ketinggalan dalam sebarang aktiviti atau program yang akan dilaksanakan oleh pihak Pejabat Daerah Pendang.

Adalah menjadi harapan saya, agar Laman Web Pejabat Daerah Pendang ini akan terus berkembang dan menyampaikan maklumat terkini.

Wassalam

NAWADZIR BINTI HJ ABDUL GHANI.SDK., AMK.,BCK

Pegawai Daerah Pendang,

Pejabat Daerah Pendang, Kedah Darul Aman.

Scan QR KOD

kod1

Pautan

Lambang Kedah kecik1malaysia-pngmscMyGovernmentmampu1JPAHRMISgov

Media

 

Video Audio


       

 

Pelawat

158535
Hari IniHari Ini19
SemalamSemalam34
Minggu IniMinggu Ini41
Bulan IniBulan Ini558
KeseluruhanKeseluruhan158535

Kemaskini

Tarikh
General update: 22-09-2015 02:48